Kerjaya Faezah Elai

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model dan pernah menyertai Dewi Remaja 2005/2006. Kerjaya lakonan beliau bermula menerusi drama bersiri siaran Astro Ria, Cinta dan Keadilan. Penampilan pertama beliau dalam bidang perfileman adalah menerusi filem Otai arahan Abdul Razak Mohaideen pada tahun 2007. Beliau kemudiannya membintangi siri drama televisyen Sutera Maya yang disiarkan di TV3 memegang watak Maya Sofea.